Quantcast
Channel: Mila Ahmad
Viewing all articles
Browse latest Browse all 96

Majlis Berbuka Puasa Bersama Blogger

$
0
0
Salam

Dah nak masuk hari Sabtu balik ko ni mila, baru ko nak update pasal entry berbuka puasa macam siput b.a.b.i  lambatnya -.='. Kalau peram tu boleh jadi ikan perkasam tau goreng pastu makan dengan nasi Haha...

Kiranya ni kali kelima dah aku datang ke Flora Cafe, Ampwalk, kali ni dijemput untuk Food Review sempena Bulan Ramadhan Al- Mubarak. Before ni, masa Anniversary sambut dekat situ jugak, dekat kot dengan rumah aku naik moto 10 minit je, kalau naik kereta 15-20 minit. Parking pun senang.


Decoration sebelum ni macam garden flower nampak eksklusif sangat, yang ni pulak tema macam ala-ala wonderland gitu~ cantik kan ? superbbbbb...


Bukan takat Anniversary, nak celebrate birthday, baby shower pun bole , kalau ada yang berangan nak kawin dekat sini pun mereka memang ada menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan tu. 

Oke sekarang strait to the point no corner-corner pasal bufet Ramadhan yang disediakan oleh Flora Cafe. Juadah yang disediakan bermula dari pukul 7 malam sehingga pukul 10 malam, boleh je nak melantak tak hengat dunia ye. Kalau dewasa harga yang dikenakan adalah RM45++ manakala budak-budak yang berumur 6-12 tahun dikenakan harga sebanyak RM20++. 


Kurma dan air zam-zam diberikan secara percuma oleh pihak Flora Cafe. 

Bufet Ramadhan ni bermula dari 10 Julai - 5 Ogos 2013, kotlah korang teringin nak bawak family ke nak buka puasa bersama kawan-kawan dan orang tersayang boleh try kat sini. Makanan totally super-duper sedap !

Setiap hari menu bertukar, so korang kalau nak tengok menu setiap hari apa yang Flora Cafe sediakan untuk hari tu bolehla terjah FB Flora Cafe Ampwalk. Antara menu-menu yang disediakan pada hari tu adalah............... eh. eh kejap ni entry makanan tau, jangan terliur pulak kang batal pose :p

Sayur campur udang

Sayur kobis lemak kot !

Sambal udang

Seafood

Ayam berempah

Nasi Beringin

Banyak sangat menunya sampai nama pun aku tak tahu, aku tibai jela bagi nama menu tu erk ? Kalau salah maaf tapi series menu dia banyak gilaaaaaa sampai tak termakan hoiiiii

Kuih-muih

Rojak buah


Paling best ada chocolate fountain

Ikut kan banyak sangat menu, ni baru sebahagian tau banyak lagi tapi sudah cukup sudahla ye bulan-bulan puasa ni gambar makanan  bukan apa risau ada yang tak puasa nanti naya jerk ! 


Disediakan ruang solat di tingkat 2, cantik dan selesa tempatnya.

Bila sesi mencekik selesai, kami together-together bergambar kenangan. Kalau bini-bini tu memang dah tak boleh lari dengan gambar tapi suami-suami pun kemain nak jugak gambar kenangan taknak kalah tu. Haaaaa ameklah gambar secara berjemaah kami semua. Semua blogger yang hadir ni sporting gilaaaaa...memang bestlah !




Terima kasih Mell sudi jemput kami blogger untuk berbuka puasa kat Flora Cafe ni


Akhirnya dapat jugak jumpa si kecik yang gebu ni, heiii cumel sangat tau awak ni, biasa tengok dekat blog je geramnya lahaiiiii~ Budak kecik yang cute ni anak kepada blogger Umi Qi.

Mesti nak tau kan senarai blogger yang hadir pada pada hari tu, ni linknya :-



Adress      :Flora Kafe Sdn Bhd,
                  Lot G.02-06, Ground Floor,
                  The AmpWalk
                  218 Jalan Ampang,
                  50450 Kuala Lumpur

 Contact no : 03-21618010
                   : 017-3024112 ( Mell )

P/S : Kredit gambar Kak Dayah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 96